Quantcast
Channel: PerangFilem
Viewing all 123 articles
Browse latest View live

Cacamarba : Ia Wujud & Nymphomaniac - Dikemaskini

$
0
0

Arahan : Dharma Aizat
Genre : Seram
Tahun : 2014
Rating : 2.5/5



Ulasan ini mengandungi spoiler. Filem ini hampir tenggelam dengan kehadiran filem Godzilla yang ditunggu ramai. Sesungguhnya, kalau dapat tarikh serentak dengan filem blokbuster Hollywood memang bernasib malanglahkan. Berbalik kepada Ia Wujud, siapa Dharma Aizat? Pertama kali mendengarnya. Filem terbitan Mangkin Prestij dan diedar oleh MIG ini mungkin cuba mengulang kejayaan kutipan Filem Highland Tower dulu. Filem dengan pelakon yang menggunakan nama sendiri, Arif Adam, Annam, Tommy, Your(?) dan Amad. Ia Wujud merupakan filem found footage sekumpulan remaja yang merakam detik-detik di Taman Tema Mimaland yang terkenal suatu ketika dulu. Berbeza dengan Highland Tower, filem ini melibatkan sekumpulan 5 remaja lelaki yang gatal-gatal nak cari hantu di kawasan terbiar tu. Okay, oleh sebab tiada watak perempuan, maka diletaklah seorang lelaki lembut bagi melegakan keadaan. 

Walaupun dihalang oleh seorang penjaga disitu mereka berjaya masuk pada sebelah petang dan mula bermain dengan beberapa aturcara ritual di beberapa tempat disitu. Antaranya, pemujaan pontianak, pemujaan pocong dan coin spirit. Ia Wujud mempamerkan watak-watak orang-orang biasa bermaksud bukan seorang yang benar-benar pakar dalam aktiviti paranormal dengan segala kecanggihan peralatan kamera seperti dalam Grave Encounters dan sebagainya. Malah, aktiviti-aktiviti pemujaan diketuai oleh watak pelakon botak itu (lupa nama) seakan tidak dirancang atau di brief sebelum mereka datang ke tempat itu sejak dari awal lagi. Rujukan hanya dari youtube seperti mantera-mantera dan bagaimana pemujaan itu dibuat. Sebenarnya bagi PF, keseraman lebih terasa bila mereka di luar bangunan. Efek bunyi di akhir-akhir agak dibuat-buat atau mungkin sedikit berlebihan. Ingatkah anda segmen Indonesia dalam VHS 2 arahan Gareth Evans dimana kalau seingat PF bunyi sebegitu kedengaran dan klimaksnya nampak kepala setan berkepala kambing muncul, tetapi tidak bagi Ia Wujud yang tiba-tiba habis dengan penjaga tadi muncul dengan tak semena-mena. Selainnya, tiada yang baru dalam Ia Wujud.



Arahan : Lars Von Trier (Denmark, UK)
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 3.5/5

Lars kembali lagi dengan Nymphomaniac. Filem ini terbahagi kepada 2 volume bermaksud ada 2 filem yang berdurasi 2 jam setiap 1 volume. Pada satu malam, Seligman seorang bujang terlajak menemui Joe (Charlotte) di satu lorong berhampiran rumahnya dalam keadaan lemah setelah dipukul oleh seorang lelaki. Seligman membawa Joe pulang ke rumahnya dan Joe menceritakan kisahnya yang gila seks atau istilah lainnya nymphomaniac kepada Seligman sehingga matahari menyinsing ke waktu pagi (selama 4 jam durasi filem ini). Volume pertama adalah flashback diwaktu Joe remaja yang dilakonkan oleh Stacy Martin. Stacy menerangkan maksud nymphomanic bagi dirinya :

'Nymphomaniac' stands for and celebrates female desire, and not being ashamed of it. Joe might be addicted and it might not be healthy, but at the same time she is a woman, Women before couldn't show that. But she stands up for herself and her sexuality, which is empowering. I didn't particularly relate to her, though I admire her determination. SUMBER

Volume kedua adalah ketika Joe dewasa dimana dia sendiri yang berada di dalam frame filem ini. Setelah 2 filem Lars yang PF tonton, Lars masih mengekalkan trademark beliau iaitu membahagi cerita kepada bahagian-bahagian pendek dan 'tidak bahagia' walau bagaimanapun filem ini 'kurang murung' dari Antichrist dan Melancholia. Filem ini dimulakan dengan skrin gelap yang sedikit lama dan begitu juga penghujungnya. Joe semasa remaja begitu ingin meneroka seks dengan sesiapa saja yang dia jumpa, kawan baik, penumpang-penumpang keretapi, pekerja hospital dan ramai lagi walaupun sampai ketika sudah berkahwin dengan Jerome (Shia Lebouf). Sebelum berkahwin dengan Jerome, Joe menakluki ramai lelaki termasuk suami orang yang beranak 3 dek kerana kecantikannya. Jangan terkejut kerana filem ini memaparkan stil gambar kemaluan lelaki dan wanita apatah lagi adegan-adegan seks yang jelas bagi menyampaikan makna diri Joe sehingga ketika tak ubah seperti filem porn. Apa pun teknik yang digunakan semasa adegan seks atau kemaluan ditunjukkan orang tetap menganggap pelakon-pelakon itu sendiri yang melakonkannya.

Stacy Martin (kanan) pendatang baru 
memegang watak Joe ketika remaja
Pada PF, Lars mengambil kesempatan terhadap Charlotte Gainsbourg yang ikut saja kehendak karya seninya sehingga PF mempunyai pandangan buruk terhadap Charlotte sejak filem Antichrist. Memanglah pengarah lain pun ada yang membogelkan pelakon tetapi entah kenapa hubungan Lars-Charlotte ini suatu yang lain dari lain. Charlotte seumpama insan seni yang sanggup buat apa saja demi seni terutama yang melibatkan nude dan seks. Volume pertama Joe sangat liar dan volume ini lebih keras berbanding volume 2 dimana Joe lebih dewasa. Joe dewasa digambarkan begitu sakit mental dengan aktiviti kinky sehingga tiba masa Jerome ingin berpisah dan menjaga anaknya. Selain mengetengahkan falsafah tertentu, tidak dinafikan, Nymphomaniac mengetengahkan seni seks bagi wanita yang Nymphomaniac, tetapi apabila difikir-fikir semula tak hairan ia berlaku di masyarakat sekeliling kita tanpa disedari.

p/s : tahniah kepada pengarah Turki, Nuri Bilge Ceylan yang menang Palme d'Or 2014 menerusi filemnya Winter SleepBaru terbaca di wiki bahawa"Nymphomaniac is the third and final entry in von Trier's unofficially titled "Depression Trilogy", having been preceded by Antichrist and Melancholia.


Impak Cannes 2014

$
0
0


Setelah menonton beberapa trailer filem-filem yang bertanding dan ditayangkan  di Festival Filem Cannes 2014 (kadang-kadang tanpa rujuk sinopsis), 3 filem berikut menarik perhatian PF untuk cari dan tonton:

Keputusan Rasmi <


1. COMING HOME arahan Zhang Yi Mou tetapi di bawah kategori Out Of Competition.
Nota : Tarikan Zhang Yimou dan Gong Li seperti biasa bakal memikat pancaindera.


2. WINTER SLEEP arahan Nuri Bilge Ceylan untuk Palme d'Or 20114.
Nota : agak skeptikal dengan Nuri tapi biasanya PF akan cuba menonton pemenang utama festival ini.



3. MAPS TO THE STARS arahan David Cronenberg.
Nota : Julianne More membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik, selain jalan cerita yang agak menarik.



Pertimbangan lain:

MR. TUNER arahan Mike Leigh.
Nota : Timothy Spall yang menang Pelakon Lelaki Terbaik dalam filem costume drama. 



GRACE OF MONACO arahan Olivier Dahan.
Nota : mengisahkan bekas bintang Hollywood yang mengalami krisis perkahwinan dan identiti lakonan Nicole Kidman.



The Past, Abang Long Fadil, The Diving Bell & The Butterfly

$
0
0

Arahan : Asghar Farhadi
Genre : Drama (Perancis)
Tahun : 2013
Rating : 4/5


Asghar Farhadi masih lagi meneruskan tema 'perceraian' setelah A Separation melonjakkan nama beliau di Oscar. Menonton The Past seolah-olah kembar A Separation dimana ibu-bapa yang hadapai masalah, anak perempuan yang menjadi mangsa dan tekanan dari masalah keluarga itu. Kali ini ditambah dengan orang ketiga, Samir seorang lelaki Arab yang cuba dikahwini oleh Marie yang bakal bercerai dengan suami Irannya Ahmad. Ahmad yang datang ke Perancis setelah 4 tahun tak tinggal bersama dengan Marie dan duduk serumah semasa proses perceraian berlangsung. Ketika ini, Samir (dan anaknya Foud) seorang pengusaha kedai dobi juga tinggal bersama Marie. Kedatangan Ahmad selain ingin menguruskan hal perceraian sebenarnya adalah 'penyelamat' kepada masalah-masalah yang ada di dalam rumah itu. Ketika Marie 'mengecat pintu' dengan cat baru seolah-olah ingin mulakan hidup baru di 'ambang' baru yang bakal ditempuhi selepas bakal bercerai nanti, rupanya tidak semudah yang disangka dengan perlambangan 'cat tumpah yang dilap oleh Ahmad', maka Ahmad ditanda sebagai penyelamat masalah:

Marie dan Lucie (anak perkahwinan pertama yang menentang Samir) - (Ahmad adalah perkahwinan kedua tanpa anak)
Samir-Celine (isterinya yang sedang koma akibat tekanan hubungannya dgn Marie - belum bercerai). 

Asghar sengaja bermain dengan watak dan latarbelakang watak yang didedahkan babak demi babak. Punca keberantakan kemudian dibongkar satu-persatu ke pengakhiran yang rasanya membuatkan ia tergantung, tapi pada pendapat PF, ianya tidak seperti apa yang diharapkan oleh Marie. Terdapat satu babak dimana situasi men-to-men tanpa dialog antara Ahmad dan Samir di meja makan, saat dimana rasa cinta terhadap wanita yang sama, rasa ego, rasa malu, tanpa perbalahan antara mereka. Banyak lagi babak tegang yang mengingatkan kita kepada A Separation. Marie tak mahu mengenang masa silam lagi sedangkan apa yang diinginkan sekarang bukan mudah untuk dicapai.



Arahan : Syafik Yusoff
Genre : Aksi1
Tahun : 2014
Rating : 2.5/5



Bukan mahu memperlekehkan pengarah muda yang berbakat besar yang membuktikan SAM adalah karya debut yang sangat baik. Berbekalkan itu, kita menjangkakan suatu kelainan yang bakal dibawa walaupun bergenre gangster apatah lagi melihat trailernya yang menggiurkan. Dengan spin-off watak Abang Long Fadil yang diambil dari KL Gangster, ALF sebenarnya berdiri di kaki sendiri dengan baik. Diselang-seli dengan parodi KL Drift, KLGangster, idea 3 hero kampung Berani kemudiannya dikembang ke zaman masakini dimana salah seorangnya menjadi watak jahat apabila sudah sedikit berumur. Tapi maaf, babak aksinya boleh diperbaiki lagi jika mahu dibanding dengan filem KLG. Tiada masalah dengan aksi CGI yang dipersembahkan untuk memberi rencah kelainan. Yang peliknya, Fadil pegi melawat Malik dekat penjara boleh borak pasal plan gangster dengan kuat menerusi telefon tu? Sampai satu tahap, kemuakan filem gangster sudah mula terasa dan PF tidak dapat menahan kaki untuk keluar panggung sebelum tamat, di mana ketika Karim muncul semula di adegan berikutnya setelah tadi terjun dari bangunan kemudian dikepung dan diacu pistol oleh polis. (Ok mungkin babak-babak akhir menjelaskan bagaimana Karim melepaskan diri yang tak sempat ditengok). Ini percubaan pertama Syafik dalam filem aksi komedi, belum cuba belum tahu ya tak? Rasanya selepas ini lebih baik beliau cuba genre lain yang lari dari gangster OK! Hehe.



Arahan : Julian Schnabel
Genre : Drama (Perancis)
Tahun : 2007
Rating : 3.5/5



Editor majalah Elle, Jean-Dominique Bauby mengalami angin ahmar dimana seluruh tubuhnya lumpuh dan hanya menggerakkan kelopak mata untuk berkomunikasi dengan orang lain. Filem ini mengambil konsep kamera adalah mata, dan mata itu adalah mata Jean-Do (panggilan ringkasnya), pengarah Julian mengambil langkah bijak untuk tidak meneruskan teknik ini sehingga tamat, kalau tidak bosan nak mampuslah filem ni. Hati yang berkata-kata sebagai dialog yang dilontarkan kepada orang di depannya sebagai panduan kepada penonton sangat bersahaja. Ingat Tree Of Life (2011) oleh Terrence Malick? ada sedikit visual-visual alam yang diselitkan untuk menunjukkan jiwa Jean-Do saat terlantar dikatil hospital. Masih sama, Julian tidak juga mengambil masa lama untuk paparan slow-mo seperi itu, jadi selamatlah mood kita untuk menikmati karya ini sehingga habis. *The Diving Bell & The Butterfly adalah buku yang sempat dia tulis sebelum meninggal dunia. 


Apa Nilai Filem Melayu?

$
0
0

Credit : pembinaterengganu.wordpress.com
SUMBER

Filem Melayu sebenarnya telah berusia tujuh dekad. Tetapi dekad terakhir ini menyaksikan sekian banyak kemerosotan minda berbanding zaman kegemilangan berwajah hitam putih dulu. Bermula dengan dongeng Arab, lahirlah Laila Majnun tahun 1932 yang dihasilkan oleh pengarah yang dibawa dari India oleh kapitalis Hong Kong. Kerana India dan Hong Kong, kita tentu boleh memaafkan Laila Majnun yang serba kekurangan itu.




Tujuan kapitalis Hong Kong ialah mengaut keuntungan daripada budaya menonton bangsawan yang cukup popular ketika itu. Sementara pengarah dari India pula hanya bekerja untuk mendapat gaji. Itu zaman awal yang menjadi titik mula bagi sebuah sejarah. Tetapi apabila filem jatuh ke tangan anak watan yang mendapat ilmu pengarahan daripada pengarah India, wajah dan pemikiran filem Melayu telah bertukar.

Banyak cerita yang diangkat ke filem mempunyai akar umbi budaya Melayu, corak purba atau kisah dongeng yang dekat dengan masyarakat Melayu. Pengarah tempatan pada zaman awal mempunyai keazaman luar biasa untuk mengangkat nilai-nilai Melayu dalam filem yang dimodali oleh orang luar.

Kita tentu memaafkan kalau mereka juga ikut menjadi Hong Kong kerana kuasa wang daripada pemodal Hong Kong. Tetapi mereka seboleh-boleh mahu menjadi tempatan maka lahirlah Jebat, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Raja Bersiong, Mahsuri, Penarik Beca, Semerah Padi dan beberapa lagi.

Tetapi semangat generasi M. Amin, Salleh Ghani, Hussein Haniff, Jamil Sulong yang berkarya di bawah tekanan pemodal asing telah hilang apabila filem Melayu mahu menjadi industri. Filem Melayu juga sanggup menjadi juadah yang memualkan asalkan menjanjikan keuntungan. Kerana filem Melayu yang semakin hilang nilai-nilai tempatannya, tidak ada salahnya kalau kita memilih filem luar yang masuk ke sini. Apa bezanya menonton filem Melayu yang menyalin konsep dan wajah filem Hollywood dengan menonton filem Hollywood?

Lebih baik filem Hollywood kerana kita telah bersedia menonton ciri-ciri yang bukan daripada tempatan berbanding filem Melayu yang bercirikan Hollywood. Menolak filem Melayu yang tidak menghormati penonton bukanlah tidak patriotik namanya. Malah kalau menerima segala yang disogok tanpa mengira nilainya atas alasan "filem kita" itu menghina kecerdikan yang dianugerah Tuhan untuk kita menilai.

Biarpun dekad terakhir ini mencatatkan sejarah kutipan filem Melayu mencapai lebih RM12 juta tetapi ukuran sebuah filem adalah pada jiwa dan kejujurannya bercakap tentang manusia. Kerana itu jangan mengharap apa-apa daripada filem Melayu. Tidak lama lagi ia juga pasti akan menjejaki kegilaan Hollywood mempamerkan segala macam kecanggihan teknologi imej janaan komputer (CGI).

Akhirnya filem The Journey sebuah filem Cina tempatan yang tidak tergila-gila CGI, dunia gengster atau karut-marut hantu muncul sebagai filem tempatan paling tinggi kutipannya tahun ini iaitu RM17.16 juta. Bagi Siti yang penting daripada filem The Journey bukanlah kutipan tapi nilai yang dibawa dalam filem yang diarahkan oleh pengarah Cina ini. Ia mengenai kekeluargaan, kasih sayang dan jurang generasi yang dibicarakan dalam garapan yang sangat meyakinkan. Di mana filem Melayu?

SITI JARUM: Drama Matahari Terbit Lagi di TV AlHijrah Jumaat lalu jauh lebih baik daripada filem Melayu tiga tahun kebelakangan ini.

Lelaki-lelaki Yang ke Locarno

$
0
0

Festival yang akan belangsung pada 6-16 Ogos 2014 menyaksikan filem Lelaki Harapan Dunia (LHD) arahan Liew Seng Tat. Bertanding dalam segmen Concorso Cineasti del presente, LHD ditayangkan beberapa hari di sana. Liew Seng Tat pernah menang di Tiger Award di fest. Filem Rotterdam pada 2008 menerusi filem Flower In The Pocket.

Aturcara Festival : Di sini

Maklumat LHD : Di sini

Facebook : Lelaki Harapan Dunia

Trailer : https://www.youtube.com/watch?v=GejVGq86reA



FFM26 : Ramalan

$
0
0



Sejurus calon-calon FFM26 diumumkan, ada satu perkara yang memeranjatkan dan PF tak habis fikir dan kecewa dari malam itu dan bangun pagi esoknya. Kenapa dan kenapa? Lama-lama difikir, sememangnya apa-apa anugerah pun takkan memuaskan hati semua orang. FFM26 menyaksikan sekali lagi Mamat Khalid berentap dengan Syamsul Yusoff dalam kategoti Pengarah Terbaik pada FFM24 dahulu di mana Mamat 'merajuk' ketika itu kerana tewas dengan Syamsul. Ada pula yang menyoal kenapa The Journey tiada dalam senarai, ini kerana The Journey tayang pada Januari 2014 manakala kalendar FFM26 adalah dari OKT 2012 - DIS 2013 (SUMBER)

*ramalan ini tidak terkait dengan Keputusan MPFKL2013 kerana kalendar yang berlainan.


Filem Animasi Terbaik 
(tidak tonton, tiada ramalan)
1. Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisam (UMK)
2. Thumbs Up Team
3. El Videographics


Penyunting Terbaik

1. KL Gangster 2
2. KIL
3. Penanggal
4. Istanbul Aku Datang
5. Sembunyi: Amukan Azazil


Skor Muzik Asal Terbaik

1. Sembunyi: Amukan Azazil
2. Tokan
3. Tanda Putera
4. Papermoon
5. KL Gangster 2


Penataan Seni Terbaik

1. Rock Oo
2. Tanda Putera
3. Penanggal
4. KIL
5. Sembunyi: Amukan Azazil


Bunyi Terbaik

1. Rock Oo
2. KL Gangster 2
3. Penanggal
4. KIL
5. Sembunyi: Amukan Azazil


Lagu Tema Asal Terbaik
(kurang menyengat)
1. Aku Datang: Istanbul Aku Datang
2. Tokan: Tokan
3. Puisi Sang Dewi: Lemak Kampung Santan
4. Tanda: Tanda Putera
5. Tika: Rock Oo


Pengarah Harapan
(Calon favorite mestilah Ellie dan Nik Amir kan sebab masuk Pengarah Terbaik). 
1. Nam Ron: Psiko Pencuri Hati
2. Syed Hussein: Langgar
3. Ellie Suriaty: Penanggal
4. Nik Amir Mustapha: KIL
5. Esma Daniel: Zaiton Ceritaku


Pelakon Harapan Lelaki

1. Ahya U: Tanda Putera
2. Shukri Yahaya: Ular
3. Karl Shafek: Zaiton Ceritaku
4. Syazwan Zulkifly: Juvana
5. Zul Ariffin: Penanggal


Pelakon Harapan Wanita

1. Cristina Suzanne: KIL
2. Uqasha Senrose: Paku Pontianak
3. Nelydia Senrose: Cinderella
4. Nadia Aqilah: Zaiton Ceritaku
5. Siti Saleha: Kerat 14


Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
(hanya tonton Lemak Kg. Santan, tiada ramalan)
1. Ahmad Ashraff Fahmy: Lemak Kampung Santan
2. Putri Balqis: 1 Lawan 1
3. Rykarl Iskandar: Ajiboy
4. Nur Adrianna: Bencinta
5. Farrah Nadiah: Bisikan Syaitan


Pereka Kostum / Terbaik Busana Terbaik

1. Tanda Putera
2. Rock Oo
3. Sembunyi: Amukan Azazil
4. Kara King
5. Penanggal


Kesan Khas Terbaik

1. Tanda Putera
2. Ular
3. Husin, Mon & Jin Pakai Toncet
4. Lemak Kampung Santan
5. Penanggal


Poster Terbaik

1. KIL
2. War of The Worlds: Goliath
3. Bencinta
4. Balada Pencinta
5. Kolumpo


Filem Pendek Terbaik
(tidak tonton tetapi dari segi pencapaian mungkin Diffan Sina : Kekasih menang)
1. Reservoir Production
2. Nazri Mohd Annuar
3. Diffan Sina Norman
4. Thumbs Up Team
5. Yu Chee Boon


Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik
(hanya menonton Dhusrajanam, tiada ramalan)
1. Asia Tropical Films : The Golden Couple
2. Tayangan Unggul : The Collector
3. Asia Tropical Films : Wedding Diary II
4. Genius Parade : Dhusrajanam
5. Double Vision/ Astro Shaw/ Passion Entertainment : Papermoon


Lakon Layar Terbaik

1. Alfie Pallermo: Sembunyi: Amukan Azazil
2. Nik Amir Mustafa: KIL
3. Ellie Suriaty : Penanggal
4. Syamsul Yusof: KL Gangster
5. Mamat Khalid: Rock Oo


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

1. Azad Jazmin : Kolumpo
2. Datuk Rosyam Nor: KL Ganster 2
3. Zizan Nin: Tanda Putera
4. Sharnaaz Ahmad: Juvana
5. Khir Rahman: Rock Oo


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

1. Ruminah Sidek : Kolumpo
2. Normah Damanhuri : Penanggal
3. Anne James: KIL
4. Umie Aida : Sembunyi: Amukan Azazil
5. Nell Ng: Kolumpo


Sinematografi Terbaik

1. Haris Hue Abdullah : Istanbul Aku Datang
2. S.Y Chong : KIL
3. Raja Mukhriz : Penanggal
4. Filus Ghazali : Tanda Putera
5. Norhanishan Muhammad : Sembunyi : Amukan Azazil


Cerita Asal Terbaik

1. Ellie Suriaty Omar : Penanggal
2. Fadzil Zahari : Tokan
3. Amin Shakib : Psiko Pencuri Hati
4. Kabir Bhatia : Sembunyi: Amukan Azazil
5. Mamat Khalid: Rock Oo


Pengarah Terbaik

1. Khabir Bhatia : Sembunyi : Amukan Azazil
2. Syamsul Yusof : KL Gangster 2
3. Ellie Suriaty : Penanggal
4. Mamat Khalid: Rock Oo
5. Nik Amir Mustapha : KIL


Pelakon Lelaki Terbaik

1. Azry Iskandar : Penanggal
2. Syed Hussein : Psiko Pencuri Hati
3. Faizal Hussien : Longkai
4. Bront Palarae : Psiko Pencuri Hati
5. Rusdy Ramli : Tanda Putera


Pelakon Wanita Terbaik 

1. Kalpana : Dhusrajanam
2. Sharifah Amani: Psiko Pencuri Hati
3. Diana Danielle: Sembunyi: Amukan Azazil
4. Ummi Nazeera: Penanggal
5. Lisa Surihani: Istanbul Aku Datang


Filem Terbaik

1. Skop Productions/ Primework Studios : KL Gangster
2. Primeworks Studios KIL
3. Astro Show/ Primework Studio: Penanggal
4. Primework Studio : Rock Oo
5. Primework Studio : Sembunyi : Amukan Azazil


Filem Filem 2014 - Part II (Julai-Dis)

$
0
0



Daftar tontonan bagi separuh tahun kedua.

JULAI
---------
DAWN OF PLANET OF THE APES --- 4
THE CURSE HOUSE  (THAI) --- 1

OGOS
---------
HERCULES (The Rock) --- 2
BERANDAL (INDONESIA) --- 3.5
NOAH --- 1.5
TEMBUS --- 3
INTO THE STORM --- 3
GUARDIAN OF THE GALAXIE --- 4.5
FAULTS IN OUR STARS --- 3
ONLY LOVERS LEFT ALIVE --- 3
GRAND BUDAPEST HOTEL --- 3
JIN --- 2.5
COMING HOME (CHINA) --- 3
LIKE SOMEONE IN LOVE (JEPUN) --- 3
SHAWSHANK REDEMPTION --- 3
THE APPLE (IRAN) --- 3


SEPTEMBER
------------------

OKTOBER
---------------

NOVEMBER
------------------

DISEMBER
----------------

CMarba: Coming Home, Tembus, JIN, The Apple, Guardian of the Galaxie, Dawn of Planet of the Apes, Only Lovers Left Alive

$
0
0


Arahan : Zhang Yimou
Genre : Drama (China)
Tahun : 2014
Rating : 3/5


Antara pengarah kegemaran PF kembali lagi dengan Coming Home. Ditayang di Cannes pada tahun ini. Jika diikutkan jalan ceritanya biasa saja. Dengan mengambil karya novel ke layar perak yang menjadi auteur theory sang pengarah, berkenaan kepulangan sang suami yang lari dari setelah lama dipenjara. Dipendekkan cerita, suatu hari si isteri mengalami masalah hilang ingatan dan tidak kenal akan suaminya yang disangkanya seseorang yang 'berbuat sesuatu' kepadanya dahulu. Apabila dia menunggu kepulangan suami di stesen keretapi sehingga usianya menginjak emas, walaupun suaminya di sisi, Pf seakan kurang pasti akan filem ini. Namun, itulah penyakit yang dihidapi yang sukar diubati. Ok, Pf tahu hanya bercerita plot saja.


 
Arahan : Ahmad Idham
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 3/5

 
Ahmad Idham masih mengekalkan ciri-ciri filemnya. Berani buat perubahan jika kita lihat barisan filem beliau sebelum ini. Tembus berbeza dari komedi-komedi rempit dan hantu ciptaannya. Jika anda melihat supertele Astro PANIK tak lama dulu, awal-awal filem ini adalah sebegitu. Kehilangan anak membawa plot filem ini kepada rancangan jahat kekasih gelap Aaron. Filem ini bolehlah dikata matang sisi Ahmad Idham jika dia terus buat filem serius (bukan hantu) pasti boleh menyerlahkan lagi keupayaannya. Terdapat bahagian-bahagian kaku dalam filem ini. Tiap kali extra yang lalu-lalang terutama ibu atau bapa berjalan dengan anak mereka 'masuk ke dalam skrin', seakan diatur dan tak natural, dah tu semuanya berpimpin tangan tapi nampak janggal. Dialog Fazura pula diulang-ulang pasal tanggungjawab, baik rasanya jangan dibazirkan skrip tu. Mungkin penulis nak tegaskan hal ini betapa si isteri lebih berjaya dominan dari suami. Pada PF, semua pelakon memberi lakonan yang mantap kecuali Luna Maya yang agak stiff. Akhir sekali twist yang mungkin menyelamatkan filem ini.


Arahan : Pierre Andre
Genre : Seram
Tahun : 2014
Rating : 2/5


Filem ini tiada yang baru. Pindah rumah baru-diganggu-kanak-kanak-main sembunyi2-orang tua-kelambu menutupi muka-ustaz halau hantu. Filem ini ambil mudah akan latarbelakang asas. Kredit kepada lakonan ketiga-tiga pemeran utama dalam filem ini, Zul Ariffin, Mon Ryanti dan ustaz muda. Namun, hanya kejutan berulang-ulang. Pierre yang telah banyak buat filem seram sepatutnya dapat buat lebih elok. Mungkin disekat dengan orang-orang tertentu, siapa tahu?

 
Arahan : Samira Makhmalbaf
Genre : Drama
Tahun : 1998
Rating : 3/5

Pada usia 17 tahun Samira pertama kali mengarah filem ini dan meledakkan namanya dipersada perfileman antarabangsa. Bayangkan tu, di usia muda telah mencipta nama. PF telah menonton beberapa filemnya yang lebih kemudian, yang lebih digemari Two-Legged Horse selepas itu Blackboards. The Apple lebih menyerlah sebenarnya tapi PF kurang 'dapat' filem ini. Setelah baca review di internet, barulah faham sikit-sikit. The Apple lebih simple tapi sangat mendalam maknanya.
 
 
 
Arahan : James Gunn
Genre : Aksi 2
Tahun : 2014
Rating : 4.5/5

Jika diamati PF jarang menyentuh genre filem sebegini. GOTG memberi hiburan yang maksima bukan sekadar aksi tapi lucu sekali. Rasanya lebih enjoy filem ini dari semua filem-filem Marvel etc. Mungkin bukan passion menonton filem sebegitu kecuali yang ini.
 
 

Arahan : Matt Reeves
Genre : Aksi 2
Tahun : 2014
Rating : 4/5
 
Siri Apes juga bukan peminat. Setelah menonton rasa gembira tak terhingga kerana kepuasan yang diberi oleh Matt Reeves. Lakonan, dialog, pertelingakan antara puak beruk dan manusia sangat mengesankan. Filem ini berkenaan bangsa, kepercayaan, kesetiaan dan perpaduan. Sangat dicadangkan!
 
 

Arahan : Jim Jarmush
Genre : Drama
Tahun : 2013
Rating : 2/5


Filem ini agak sedikit pelik. Kisah Pontianak pemuzik yang masih hidup berbekalkan darah yang dibekal secara gelap dari sebuah hospital. Eve pula (Tilda Swinton) pergi berjumpa sang kekasih Adam (Tom Hiddleston) yang sekian lama tak berjumpa. Adik Eve, Eva (Mia) pula datang melawat mereka tanpa diundang. Mereka hanya bergerak pada waktu malam saja, itu pun berkacamata apabila di tempat awam. Tak tahulah motif filem ni.



Senarai Pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014

$
0
0

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur mengeluarkan senarai pendek pencalonan untuk Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014 (Anungerah MPFKL). Penerima anugerah berkenaan mengikut kategori masing-masing akan dimaklumkan pada bulan Oktober 2014. Setakat ini, kami mendapati terdapat sekurang-kurangnya 70 filem yang melalui skim wajib tayang dan telah ditayangkan pada bulan September 2013 hingga Ogos 2014, tidak menolak beberapa filem terbitan tempatan bukan berbahasa kebangsaan, filem animasi, serta filem bebas yang tidak dimasukkan dalam senarai tersebut. Semuanya melalui pertimbangan dan penelitian khusus.

Di sini, kami sertakan senarai pencalonan, seperti yang berikut:

Pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014

Pengarah Terbaik

Nam Ron untuk Psiko Pencuri Hati  
Chiu Keng Guan untuk The Journey 
Khairil M. Bahar, Lim Benji, Manesh Nesaratnam, Tony Pietra, Shamaine Othman untuk Cuak 
Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar untuk Kolumpo
Razaisyam Rasyid untuk CEO

Pelakon Lelaki Terbaik

Patrick Teoh untuk Take Me To Dinner  
Bront Palarae untuk Psiko Pencuri Hati 
Sai Peng Lee untuk The Journey 
Ghafir Akbar untuk  Cuak 
Beto Kusyairy untuk CEO 

Pelakon Wanita Terbaik

Ruminah Sidek untuk Kolumpo 
Nell Ng untuk Kolumpo 
Sharifah Amani untuk Psiko Pencuri Hati 
Dawn Cheong untuk Cuak 
Pearly Chua untuk Claypot Curry Killers 

Sinematografi Terbaik

Raja Mukhriz untuk Penanggal  
Charin Pengpanich untuk Kolumpo 
Eric Yeong untuk The Journey  
Fendi Ang, Khairil M. Bahar, Wan Chun Hung, Samuel Lam untuk Cuak 
Mohd Helmi Yusof untuk Claypot Curry Killers 

Lakon Layar Terbaik

Afdlin Shauki, Haris M. Nor, Nurul Akmar Salajudin untuk Papadom 2  
Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar untuk Kolumpo 
Namron, Fared Ayam, Amin Shakib untuk Psiko Pencuri Hati 
Ryon Lee untuk The Journey 
Khairil M. Bahar, Priya Kulasagaran, Manesh Nesaratnam, Shamaine Othman, Tony Pietra, Magdelen Spooner untuk Cuak 

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Syed Hussein untuk Psiko Pencuri Hati  
Amerul Affendi untuk  Psiko Pencuri Hati  
Rosyam Nor untuk KL Gangster 2  
Ben Pfeiffer untuk The Journey 
Anas Ridzuan untuk CEO  

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Vanida Imran untuk Papadom 2 
Sharifah Amani untuk Kolumpo 
Deanna Yusuf untuk CEO  
Nur Fazura untuk Kami Histeria  
Mandy Chen untuk Claypot Curry Killers 

Filem Terbaik

Psiko Pencuri Hati (Khairul Anuar Latip, Ken S. Yap, Shamsul Cairel sebagai penerbit) 
The Journey (Heng Yee Jin, Choo Chi Han, K.C. Cheong, K.C. Chuan, Mohamad Kabir Arif Sultan sebagai penerbit) 
Kolumpo (Sheikh Munasar, James Wong, Bront Palarae, Rozi Izma sebagai penerbit) 
Cuak (Micheal Chen, Low Ngai Yuen sebagai penerbit) 

CEO (Abdul Razak Abdullah, Matt Yusoff sebagai penerbit)  

**Rujukan : TONTONFILEM


AKAN DATANG : Negeri Di Atas Pasir & The Building

$
0
0
2 filem akan datang tetapi belum dipastikan maklumat filem berkenaan. Negeri Di Atas Pasir asalnya untuk filem pendek sempena Hari Malaysia tetapi telah bertukar menjadi sebuah filem panjang.


*akan dikemaskini setelah info diketahui.



Amir & Loqman Pergi Ke Laut: Mana Lautnya?

$
0
0
Eh! Tajuk font itu selalu kita lihat dalam filem koboikan? Sesuatu tu..

Arahan : Mamat Khalid
Genre : Aksi/Komedi
Tahun : 2014
Rating : 4/5


Ulasan ini mengandungi spoiler.

Filem bertema gangster ini adalah yang pertama dari Mamat Khalid, dan beliau cuba lari dari filem-filem gangster yang pernah ada di Malaysia. Itu yang PF dapat simpulkan setelah menontonnya. Tak dinafikan, ianya adalah parodi yang membawa teras dark comedy yang diselang-seli dengan keganasan. Kamu pernah menonton KL Gangster, Dampak, Langgar atau Kepong Gangster dimana hero-heronya tough dan handsome. Malah dalam Kepong Gangster heronya berwajah jambu! Dan kamu menjangkakan hero-hero sebegitu dalam Amir & Loqman Pergi Ke Laut (ALPKL)? Itulah salah satu parodinya. Syuk (Balas) dan Shuib (Sepahtu) mana hensem (sorry ya), buncit pula tu, lagi memburukkan, Loqman (Syuk) bertabiat dengan mulut ikan emas, ditambah dengan sikap lurus bendul mereka berdua. Senaif-naif perangai digambarkan kepada 2 karakter utama ini. Ini adalah satu keberanian yang ditonjolkan Mamat Khalid (MK). Ada satu lagi keberanian MK yang cuba ditonjolkan tapi kita cerita hujun-hujung nanti. Orang berkata, pelakon yang biasa-biasa atau bagus sekalipun, takkan meletakan sesebuah filem di atas jika pengarah kurang bijak bermain dengan lakonlayar dan arahan. Ingat Man Sewel datang KL yang dibintangi Shuib? Amir & Loqman merupakan gandingan yang baik, tidak janggal, boleh diterima. 

Sumber : Media Hiburan
Filem yang berlatarbelakangkan tahun 2011 - lebih tepat lagi penghujung tahun 2011 (jika kamu dapat petunjuk ianya dari tahun 2011 dalam ALPKL, sila berikan di ruang komen di bawah) Amir dan Loqman ingin keluar dari geng 747 yang diketuai oleh Big Joe (Sofi Jikan) setelah kemasukan mereka ke dalam geng itu tidak seperti yang digambarkan iaitu kemewahan, kemasyhuran yang selalu mereka dengari. Kata MK, watak-watak utama seperti Mata Sedih (asalnya Cina, diMelayukan), Big Joe, Manja memang wujud di zaman gangster di Ipoh sekitar tahun 70an. Malah cerita yang dipaparkan, kata MK juga adalah sedikit kisah-kisah kecil gangster di Ipoh, bukan cerita besar yang lebih brutal yang rasanya takkan lepas penapis Finas. Maka, dari situlah, Amir dan Loqman berusaha untuk mencari duit RM30 ribu seorang sebagai bayaran keluar dari geng. Dan seterusnya cuba membina hidup baru untuk membuka cafe di tepi laut yang dinamakan Ke Laut Cafe.


Jika kita melihat babak ganas, watak Nadia Mustafa dari geng Bendera Siam ketika kerambit menusuk ke leher kenapa tiada darah yang meleleh? Pisau pemotong daging membelah kepala Nadia, ianya membuatkan penonton ketawa, begitu juga mata Big Joe ditikam dengan gunting? kenapa takde darah yang mengalir? Adakah ini parodi juga? 

Jadi, benarlah kumpulan geng 747 disertai oleh seorang homoseksual atau keropok istilahnya yang digunakan pada zaman itu iaitu abang Manja dan Rafael? Siap ada tandas tertentu untuk mereka 'rock' kata MK. Seorang teman PF, tak faham kenapa Loqman kentut dengan lawasnya bila keluar dari tandas itu sebelum Manja izinkan dia keluar dari geng 747. Ini satu tindakan yang bijak supaya tak dipotong oleh gunting LPF.

Kenapa pula tiba-tiba ada babak shooting filem gangster (Adi Putra dan Bell Ngasri) 'bergaduh jantan' dengan penjahat tiba-tiba bertukar lembut selepas cut?! MK nak perli siapa? Adakah filem gangster Langgar yang dibintangi oleh Adi dan Bell itu? dan kenapa pula pengarah 'filem itu' pun lembut? Siapa yang MK parodikan? Sesungguhnya, babak ini jika diikutkan memang tak berapa penting tapi sekadar untuk memperlihatkan agenda tersebunyi MK untuk membiarkan penonton memikirkannya. Atau adakah ianya penting sebagai salah satu falsafah parodi dalam filem ini. Kenapa pula Big Joe tak menjerit-jerit dialognya sepanjang filem ini sama seperti dalam satu filem gangster itu? (kebetulan malam tadi, termenonton filem TOKAN di Astro di mana Sofi Jikan ada berlakon sama, tak menjerit-jerit pun tapi bosan pulak filem tu) Malah, Big Joe seorang yang 'dalam hati ada taman' kerana memaafkan perbuatan kekasihnya Balqis dan juga mencintai seni lukisan tak pernah ditonjolkan sangat karakter seperti ini dalam filem gangster kita.

Bendera Siam. Diketuai oleh Catchai (Kaza) yang agak psycho dan dibelakangnya, Nadia Mustafa dan Mamat Spek (tak ingat nama watak atau tiada nama disebut), adalah pembunuh upahan supaya menumpaskan geng 747. Ketika babak mereka bersatu dalam skrin, kemudian Nadia dan Mamat Spek jalan bersilang itu terdapat  seorang lelaki Cina sedang membakar duit(?) atau amalan orang Cina yg sering kita lihat, penggabungan semua itu ada maksudnya. Seorang lagi teman PF ada memberitahu maksudnya, tapi PF terlupa, jika tidak PF kongsikan di sini. 

Satu lagi yang harus dipuji adalah skor muziknya. Setakat tahun ini, tiada filem tempatan yang memorable pasal skor muzik. PF bukanlah pakar, tetapi skor muziknya berbeza-beza ikut mood babak (bukan bermakna ia menjamin yang terbaik), tetapi ia tak dibuat cincai, dan yang penting menaikkan mood serta kita boleh dengar hasil yang bermutu. Bukan main tala saja sepanjang filem berjalan. Contohnya semasa Amir dan Loqman hendak ke tempat mayat Cina dan atas kereta  pacuan 4 roda. Jadi, jika kamu belum menontonnya, pastikan pasang telinga dengan skor muzik selain menikmati jalan cerita. Tak rugilah MK tunggu 2 tahun untuk muzik ini. 

(Edited)
Spoiler besar: berhenti di sini jika tak mahu tahu ending sebelum menonton. Akhirnya semua mati dibunuh. Semua watak-watak penting mati. Tiada apa yang ditinggalkan oleh MK untuk ALPKL. Amoi gemok lari menyaksikan kesudahan gangster ini. Ini satu keberanian dalam filem yang ditonjolkan MK, di mana jarang kot kita lihat filem tempatan dengan ending sedemikian. Apa maksudnya tu? Sejelas-jelasnya ALPKL bukanlah menyebelahi gangsterisme sepertimana filem gangster yang lain, meraikan, mengagungkan dunia gangsterisme itu (tertanya, adakah ending gangster di Ipoh semua mati juga?) Kesimpulannya, adakah faktor-faktor parodi ini membuatkan filem ini bagus? Jawapan PF, bergantung kepada isi lain dalam naskhah ini. ALPKL menceritakan apa sebenarnya? Biar pakar mentafsirkan. Sebenarnya, jika sesebuah filem itu terlihat dengan nyata akan subtle/second layer, penonton bebas berfikir akan apa jua 'cerita' lain yang ingin disampaikan oleh pengarahnya sebab karya seni itu subjektif. Itu yang membuatkan tontonan filem itu menarik jika suka berfikir dan cuba berjinak-jinak mentafsir selain apa yang dilihat. ALPKL mungkin berkenaan sinema kita sekarang, terutama siapa sebenarnya Catchai yang gila menembak Amir Loqman yang cuba mengubah nasib dan ingin maju dalam hidup, siapa perempuan gemuk yang terselamat di hujung cerita, dia pengusaha apa? kenapa dia 'Cina' dan kenapa dia berwatak 'gemuk'?, ....dapat? Atau mungkin ianya hal lain selain sinema jika kamu berfikiran kritis.

Hampir di hujung-hujung cerita, terdengar kata penonton dengan jelas... "mana lautnya?" kerana mereka tak ke laut pun sebaliknya ke pantai saja. Issh takkan itu pun PF nak beritahu jawapannya....

Berapa Beratnya 'heavy drama'?

$
0
0
Mungkin ada di antara kalian yang sudah tahu kolum penulis dan pengarah Nasir Jani di akhbar Sinar Harian. Banyak maklumat dan sejarah perfileman yang dikongsikan dalam penulisannya. Satu artikel beliau yang PF kongsikan supaya boleh diarkibkan di blog ini. Banyak lagi artikel beliau, singgahlah ke sana bagi mereka yang berminat. 

LINK ASAL

MINGGU lalu aku mencatitkan tentang dua situasi yang sering mendepani pengarah-pengarah filem Malaysia dari dulu sehingga sekarang. Situasi di mana pengarah filem tempatan cuma ada dua pilihan.

Kalau hendak buat untung berlipat ganda hasilkanlah filem-filem ringan yang tidak mencabar minda penonton dan juga minda pembikinnya.

Jika pengarah filem mahu menghasilkan filem-filem dan karya-karya yang mengangkat tema dan isu-isu lebih mencabar pemikiran penonton lalu mereka perlu bersedia berdepan dengan kemungkinan kerugian kutipan boxoffice.

Keadaan ini berterusan sehingga ke hari ini. Lihat dan baca pendapat-pendapat dan reaksi daripada pembikin, penggiat dan peminat filem di akhbar-akhbar dan di blog-blog alam siber tentang masalah ini. Tiada kesudahan dan masih belum dijumpai solusinya.

Aku juga melontarkan pandangan bila berdepan dengan situasi sebegini lebih mudah lagi jika pengarah filem adalah juga produser yang mampu menerbitkan filem dengan dana atau modalnya sendiri. Tetapi tidak ramai pengarah filem Malaysia yang punya kemampuan ini.

Rahim Razali adalah pembikin filem pertama Malaysia yang berani memikul dua tanggungjawab berat serentak sebagai - produser dan pengarah. Ada rakan menghubungi aku menyatakan Rahim Razali bukan pembikin filem Malaysia pertama mengalas serentak tugas produser dan pengarah.

Menurut rakan aku ini, Jins Shamsuddin adalah tokoh filem pertama yang memikul tanggungjawab serentak sebagai produser dan pengarah filem.

Bermula dengan filem Menanti Hari Esok (1977). Diikuti dengan filem Tiada Esok Bagimu (1978) sehingga filem Esok Maseh Ada (1979).

Ketiga-tiga filem ini diarahkan dan dihasilkan beliau menerusi syarikatnya sendiri Perfima dan Jins Shamsuddin Filem Productions Sdn Bhd.

Aku tidak cuba mahu menafikan pendapatnya itu. Pada aku ini bukan isu besar.

Kedua tokoh ini adalah mereka yang terawal berkeupayaan untuk serentak menjadi produser dan pengarah filem terbitan masingmasing, sekali gus mereka ada kuasa kreatif mutlak ke atas filem-filem arahan mereka. Kuasa kreatif mutlak ini paling penting yang diidamkan oleh semua pengarah filem di atas planet bumi ini.

Pada mulanya aku bercadang untuk menulis tentang kesan yang dapat pelajari oleh para pembikin-pembikin dan pelajar-pelajar filem dari situasi yang pernah dilalui Rahim Razali ini.

Aku mahu menulis dalam konteks menghasilkan kerja seni filem yang ada statement atau penyataan yang bersifat lebih besar dan skop pemikiran lebih luas memandang keluar.

Menarik juga apabila rakan aku menyatakan pandangannya itu. Aku terus mendapat ilham baharu untuk melihat dan membuat perbandingan pengalaman yang dilalui oleh kedua tokoh ini dalam menghasilkan filem-filem yang rata-rata dianggap oleh penonton sebagai filem-filem ‘berat’ dan heavy drama.

Rahim Razali dan Jins Shamsuddin memikul serentak tanggungjawab menjadi produser dan pengarah filem tetapi kesannya berbeza. Ketiga filem-filem siri ‘esok’ Jins Shamsuddin berjaya dari segi kutipan boxoffice tetapi dua filem terbitan dan arahan Rahim Razali, Abang
(1981) dan Pemburu (1982) kecundang di boxoffice.

Kesan yang dialami oleh dua produser pengarah ini sungguh menarik untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada pengarah-pengarah filem yang berhajat untuk menerbitkan filem-filem sendiri.

Memang dua filem awal Rahim yang diproduksikan dan diarahkannya sendiri gagal mencatatkan pulangan lumayan.

Kenapa ini terjadi? Rahim menghasilkan filem-filem yang membawa tema dan isu-isu baharu dan lebih besar sifatnya.

Masalah yang dipaparkan melalui filem-filemnya dianggap berat dan kurang nilai hiburan. Penonton mahu berhibur
bukan mahu fikir cerita yang berat-berat.

Betulkah pendapat ini?

Jika begitu kenapa pula wartawan-wartawan dan pengulas-pengulas filem ketika itu termasuk Jins sendiri mencanangkan dan menganggap filem-filem siri ‘esok’nya itu sebagai filem ‘heavy drama’? Apakah berbezanya ‘berat’ filem Rahim dengan berat ‘heavy drama’nya filem Jins?

Kenapa filem-filem ‘berat’ Jins boleh laku sedangkan filem-filem berat Rahim gagal meraih untung?

Untuk pengetahuan pembaca terutamanya generasi muda pelajar filem sekarang, polemik filem berat dan ringan – heavy drama dan light drama ini sememangnya menjadi isu hangat pada tahun-tahun awal 80-an.

Sehinggakan pada 1980 hingga 1982 di Festival Filem Malaysia dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA), filem-filem dipertandingkan untuk merebut award atau anugerah dibahagikan kepada kategori-kategori filem heavy drama terbaik, filem light drama
terbaik dan filem komidi terbaik.

Ada pengulas, pengkritik dan juga peminat filem mempersoalkan pembahagian menurut kategori seperti itu. Mereka berpendapat di mana-mana festival filem di dunia ini cuma ada satu anugerah sahaja iaitu anugerah filem terbaik – best film award!

Cara penganugerahan ini ditiadakan pada Festival Filem Malaysia ketiga (1982) bila diambil alih oleh Finas. Hanya ada anugerah filem terbaik sahaja dan ini berkekalan sehingga sekarang.

Berbalik kepada keadaan berbeza dialami oleh filem-filem Rahim Razali dan Jins Shamsuddin, beberapa kesan menarik boleh kita simpulkan.

Aku menonton Abang (1981) dan Pemburu (1982) arahan Rahim Razali dan aku juga menonton filem-filem Jins Shamsuddin Menanti Hari Esok (1977), Tiada Esok Bagimu (1978) dan Esok Masih Ada (1979). Semua filem-filem ini aku tonton di pawagam dengan membeli
tiket dan bukan di tayangan previu.

Apa kesimpulan aku dapat?

Aku masih berpegang kepada isu-isu yang diangkat oleh kedua pengarah ini memainkan peranan penting dalam melihat sumbangan mereka kepada seni filem tanah air.

Rahim Razali membawa isu yang lebih besar kesannya kepada bangsa Melayu dalam menghadapi perubahan hidup yang dituntut oleh perubahan zaman terutamanya dari segi jati diri bangsa Melayu.

Persoalan ini adalah isu berat yang menuntut penghayatan penuh penonton ketika menonton. Ini adalah statement, satu penyataan seorang seniman yang punya tanggung jawab sosial terhadap bangsanya.

Jins Shamasuddin hanya mampu membawa isu-isu yang gagal memberi penyataan penting terhadap bangsa Melayu. Siri ‘esok’nya cuma berlegar pada isu-isu pinggiran orang Melayu seperti masalah rumah tangga, kegagalan mendidik anak dan gejala sosial klise remaja.

Isu-isu ini dinaiktarafkan sebagai persoalan berat dalam bentuk heavy drama. Apa yang heavy?

Walaupun sudah lebih 30 tahun filem-filem daripada kedua pengarah penting filem Melayu ini dihasilkan namun banyak perkara boleh dipelajari oleh pembikin filem muda generasi sekarang. Terutamanya dari aspek tema dan isu yang ingin digarapkan oleh kedua pengarah
veteran ini.

Pada aku paling penting untuk dibincang dan dikupas tanpa mengira batas waktu adalah kekuatan dan kelemahan serta kerelevanan penyataan atau statement yang dilontar lewat filem-filem arahan mereka – seorang kini bergelar Tan Sri dan seorang bergelar Datuk.

Cacamarba: Annabelle, Hijrah Cinta & Dollah Superstar

$
0
0


Arahan : John Leonetti
Genre : Seram
Tahun : 2014
Rating : 3.5/5



Perangfilem layan jugalah filem ini. Kekurangannya bagi PF, penonton diberi rehat-seram-rehat yang berulang kali yang ditawarkan kepada penonton mungkin buatkan mood penonton sedikit tawar. Bagaimanapun, bagi PF ia taklah seteruk seperti yang diluahkan oleh sebilangan penonton yang agak hampa dengan arahan John Leonetti (Mortal Combat), setelah kejayaan The Conjuring di mana Annabelle adalah salah satu 'watak' di dalamnya. Satu pointnya ialah, PF bersyukur ia tidak menonjolkan hantu CGI yang semestinya akan spoilkan filem seram. PF memang kurang gemar jika melibatkan hantu CGI. Kedua, babak-babak seram yang dicipta sememangnya berjaya diterjemahkan, boleh dikatakan tidak kecewa dengan perkara itu. Antara babak paling seram (SPOILER), ketika syaitan ditangga, lif terbuka beberapa kali ditingkat yang sama, stroller di basement bawah apartment, patung Annabelle berdiri dan ketika syaitan menerkam(?) Ruby, tak pasti yang ini kerana PF terperanjat dan tutup mata (lol). Beberapa babak seramnya mengambil ilham filem Rosemary's Baby - stor di basement dan stroller bayi selain watak sepasang suami isteri yang menunggu kelahiran bayi mereka. Selain itu, watak ibu - Mia yang kurang penghayatan mengganggu sedikit tuntutan watak itu selain penyudahan yang tak best semacam kononnya akan ada sambungan. 




Arahan : Kabir Bhatia
Genre : Komedi
Tahun : 2014
Rating : 3/5



Secara kebetulan filem ini keluar setelah Amir & Loqman Pergi Ke Laut yang membawa falsafah yang lebih kurang sama - parodi. Dollah Superstar sebenarnya membogelkan industri perfileman khususnya kerja-kerja balik tabir semasa pembikinan sebuah filem di Malaysia. Tulisan Alfie Palermo (Sembunyi yang juga arahan Kabir), tak boleh dinafikan merupakan hasil pengalaman mereka dalam bidang produksi. Semua dilakonlayarkan dalam bentuk komedi, Dollah merupakan samseng/gangster di luar filem cuba membetulkan rupa dan karakter watak gangster dalam filem bikinan seorang produser yang diberi nama Dr. Romeo yang memerli Dr Rozmey (2 Alam). Macam Dollah ni wakil daripada penonton dan pengkritik filem yang cuba membetulkan apa yang tak kena dalam filem kita. 

Jarang upload gambar tiket...
Watak Neelofa sebagai aktres cantik yang merenyam dengan kru-kru walaupun berboifrenkan Shah Dazzle, Shah Dazzle pula tak berkaliber dalam membawa watak gangster dan rombakan skrip atas arahan produser akibat kekurangan bajet. Filem popcorn Kabir Bhatia kali ini boleh dinikmati dan PF boleh tertawa jugalah. Ada satu babak ketika Dollah dan Lalat di rumah dengan bercakap kuat sehingga didengari jiran sebelah (Cina?), adakah perli gangster cakap jerit/kuat juga?

Apa yang jelas, Amir & Loqman dan Dollah Superstar kedua-duanya tak menyebelahi gangster. Dalam Dollah Superstar, endingnya SPOILER: Dollah & Lalat dikejar polis (walaupun sekerat ditunjukkan). Apakah maksud bagi kedua-dua filem ini? PF teka, mereka berpendapat (Mamat Khalid & Kabir yang tak pernah-pernah buat filem berciri gangster) ni kata, sudah-sudahlah tu dengan filem sebegini. Eh, tapi ada jugak Kaki Kitailah, Gua Gangster Kasi Sengatlah dan lain-lain.

Malangnya, akibat serentak dengan tayangan Annabelle, hanya PF seorang di dalam panggung. Terdetik juga rasa sedih kerana mereka bekerja keras dilayarperak itu tapi tiada penonton yang menyaksikan hasil titik peluh mereka. Serius, kalian pengkarya harus buat sesuatu, bukan terus memparodikan diri masing-masing lagi. Barulah kata-kata Aziz M.Osman dalam filem ini boleh terus dipakai (tika bajet dah tiada tapi filem harus diteruskan demi seni).


Arahan : Indra Gunawan
Genre : Drama (Indonesia)
Tahun : 2014
Rating : 3.5/5



Filem biograpic ini berkenaan bagaimana Jefri seorang pelakon sinetron dan juga penagih dadah yang kemudian berjaya menjadi ustaz selebriti. Perkenalannya dengan seorang gadis model sambilan, Pipik yakin dapat merubah hidupnya menjadi lebih baik. Dari situ, konflik dalam diri, hubungan dengan Pipik dimana selalu meminta wang untuk beli dadah, hubungan keluarga Jefri dengan Pipik, menjadi konflik yang melingkari keseluruhan cerita menjadi menarik. Lama-kelamaan kesedaran berlaku dalam diri Jefri sehinggakan beliau menjadi fenomena di Indonesia. Drama ini tidak terlalu berat, malah filem religi adalah term yang selalu dipanggil di Indonesia ini mengingatkan PF filem Mihrab Cinta. Bukan sekadar drama biasa, malah ada terkesan subtle ketika Jefri dan Pipik menerima panggilan telefon sewaktu di Bandung (tawaran kerja kepada Pipik) anda akan faham jika meneroka misc en scene nya dan juga babak Jefri mendongak ke langit berlatarbelakangkan sungai yang kotor. PF simpati dengan beliau di mana pengakhirannya, SPOILER ustaz Jefri mula sedar akan kerja-kerja ceramahnya sepatutnya tidak diberi imbalan berbanding amalan yang dilakukan oleh baginda Rasullullah dan seterusnya mengakibatkan beliau ......... (spoiler).

*Ditayangkan di TGV terpilih (semasa ulasan ini ditulis Hijrah Cinta telah tamat tayangan).

Hujung Tahun Yang Semarak

$
0
0
6 filem Malaysia akan ke beberapa festival filem di Asia di penghujung tahun 2014 ini. Setelah Lelaki Harapan Dunia menjelajah ke festival-festival di Eropah dan Asia, kini tiba giliran:

River of Exploding Durians
The Second Life of Thieves
Hungry Ghost Ritual
Terbaik Dari Langit (Nova)
Lelaki Harapan Dunia *paling banyak sertai festival luar setakat tahun ini.
The Journey (sudah keluar Malaysia juga sebelum ini)

Tokyo International Film Festival - Kategori Utama

LINK : http://2014.tiff-jp.net/en/lineup/works.php?id=24



















Tokyo International Film Festival - Asian Future.

NOVA adalah tajuk untuk pasaran antarabangsa.

LINK: http://2014.tiff-jp.net/en/lineup/works.php?id=94




Second Life of Thieves

Busan Int Film Festival

LINK:
http://www.biff.kr/eng/html/program/prog_view.asp?idx=14087&c_idx=96&QueryStep=2&sp_idx=

REVIEW oleh TWITCH : ULASAN


Busan Int Film Festival

LINK: http://www.biff.kr/eng/html/program/prog_view.asp?idx=12437&c_idx=96&QueryStep=2

Vancouver Int. Film Festival

LINK: www.viff.org














Hungry Ghost Ritual

LINK: Busan IFF

Review by TWITCH: Negative review

















The Journey

Hawaii Int Film Festival.

LINK: http://program.hiff.org/films/detail/journey_the_2014

Result Poll 14: FFM26

$
0
0



Menurut pelawat PF, berikut adalah jangkaan mereka berkenaan filem mana yang bakal merangkul filem terbaik pada FFM ke 26:


KIL : 40%
Rock Oo! : 20%
Sembunyi : 20%
KL Gangster 2 : 20%
Penanggal : 0%






Keputusan Anugerah Majlis Pengkritik Filem KL 2014

$
0
0



Keputusan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014 
(pemenang diwarna biru)


Pengarah Terbaik

Nam Ron untuk Psiko Pencuri Hati 
Chiu Keng Guan untuk The Journey 
Khairil M. Bahar, Lim Benji, Manesh Nesaratnam, Tony Pietra, Shamaine Othman untuk Cuak 
Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar untuk Kolumpo
Razaisyam Rasyid untuk CEO


Pelakon Lelaki Terbaik

Patrick Teoh untuk Take Me To Dinner 
Bront Palarae untuk Psiko Pencuri Hati 
Sai Peng Lee untuk The Journey 
Ghafir Akbar untuk Cuak 
Beto Kusyairy untuk CEO 


Pelakon Wanita Terbaik

Ruminah Sidek untuk Kolumpo 
Nell Ng untuk Kolumpo 
Sharifah Amani untuk Psiko Pencuri Hati 
Dawn Cheong untuk Cuak 
Pearly Chua untuk Claypot Curry Killers 


Sinematografi Terbaik

Raja Mukhriz untuk Penanggal 
Charin Pengpanich untuk Kolumpo 
Eric Yeong untuk The Journey 
Fendi Ang, Khairil M. Bahar, Wan Chun Hung, Samuel Lam untuk Cuak 
Mohd Helmi Yusof untuk Claypot Curry Killers 


Lakon Layar Terbaik

Afdlin Shauki, Haris M. Nor, Nurul Akmar Salajudin untuk Papadom 2 
Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar untuk Kolumpo 
Namron, Fared Ayam, Amin Shakib untuk Psiko Pencuri Hati 
Ryon Lee, Chan Yoke Yeng untuk The Journey 
Khairil M. Bahar, Priya Kulasagaran, Manesh Nesaratnam, Shamaine Othman, Tony Pietra, Magdelen Spooner untuk Cuak 


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Syed Hussein untuk Psiko Pencuri Hati 
Amerul Affendi untuk Psiko Pencuri Hati 
Rosyam Nor untuk KL Gangster 2 
Ben Pfeiffer untuk The Journey 
Anas Ridzuan untuk CEO 


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Vanida Imran untuk Papadom 2 
Sharifah Amani untuk Kolumpo 
Deanna Yusuf untuk CEO 
Nur Fazura untuk Kami Histeria 
Mandy Chen untuk Claypot Curry Killers 


Filem Terbaik

Psiko Pencuri Hati (Khairul Anuar Latip, Ken S. Yap, Shamsul Cairel sebagai penerbit) 
The Journey (Heng Yee Jin, Choo Chi Han, K.C. Cheong, K.C. Chuan, Mohamad Kabir Arif Sultan sebagai penerbit) 
Kolumpo (Sheikh Munasar, James Wong, Bront Palarae, Rozi Izma sebagai penerbit) 
Cuak (Micheal Chen, Low Ngai Yuen sebagai penerbit) 
CEO (Abdul Razak Abdullah, Matt Yusoff sebagai penerbit)


*Pada tahun ini, terdapat dua filem yang sedikit berbeza dari segi penyampaian kandungannya, Kolumpo dan Cuak. Kedua-dua filem ini menjurus kepada filem berbentuk antologi dengan himpunan segmen filem yang diarahkan oleh pengarah yang berasingan. Kemunculan filem ini dialu-alukan kerana menjadi medan daya para pengarah muda untuk bereksperimen dan mengusahakan suatu cetusan kreatif bersifat filpen dengan tema utama yang sama sekali gus menjadi pengikat setiap segmen yang berbeza (dengan Cuak, hal ini menjadi lebih menarik kerana walaupun dengan pengolahan genre berbeza oleh setiap pengarah, plot utamanya terikat oleh sebuah naratif yang tunggal).

Hal ini merupakan suatu sejarah dalam perfileman kita. Namun begitu, dari sisi penilaian, hal ini menjadi suatu penelitian yang rumit kerana filem sebegini perlu dilihat secara keseluruhan, maka terdapat segmen yang lebih menonjol daripada segmen lain, terdapat segmen yang lebih baik daripada segmen lain, mengikut cita rasa yang rencam dan tersendiri. Oleh itu, dalam sejarah perfileman juga, jarang-jarang sekali filem antologi sebegini diisytihar masuk ke dalam senarai pencalonan anugerah, kecuali beberapa filem tertentu. Maka kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah terhadap kedua-dua filem ini yang berjaya menelaah dan memasuki laluan yang sedikit berbeza dengan prakarsa baharu untuk meneliti keadaan latar semasa tempatan. Penghargaan ini dapatlah kami berikan kepada kedua-dua filem ini. 



Semoga aspirasi dan semangat kreatif para pembikin mudanya terus berkobar dalam mengubah peta haluan filem Malaysia.


Tahniah buat para pemenang!


Rujukan : Tontonfilem


The Hunt, The Babadook, Holy Motors, IDA, All About My Mother

$
0
0


Arahan : Thomas Vinterberg
Genre : Drama (Denmark)
Tahun : 2012
Rating : 4/5


Kisah seorang duda yang bekerja sebagai guru tadika dituduh mencabul kanak-kanak perempuan. Konflik berterusan sehingga dia dipulau oleh masyarakat. Mads Mikkelsen (A Royal Affair) seperti biasa dengan lakonan cemerlangnya membuatkan filem ini tampak hebat di samping penonton akan geram dengan kanak-kanak perempuan tersebut. Filem yang provoking ini memilih prinsip; dendam manusia itu tak berkesudahan.



Arahan : Leos Carax
Genre : Aksi1 (Perancis/German)
Tahun : 2012
Rating : 3/5


Oleh kerana menonton filem ini tanpa sarikata Inggeris maka filem ni ditonton begitu saja tanpa paham sebutir bahasa Perancis. Apa yang dipahami, Monsieur Oscar menaiki limousin dan dibantu oleh driver/pembantu seorang wanita lingkunagn 50an. Oscar banyak berlakon menjadi watak-watak yang berlainan apabila keluar dari limousin dengan mengenakan make-up mengikut sesuatu watak. Watak-watak itu (diambil dari wiki) : The Beggar / Motion Capture Actor / Monsieur Merde / Father / The Accordionist / The Killer / The Killed / The Dying / The Man in the Foyer. tak pasti apa tujuan beliau berbuat demikian, mungkin diupah oleh orang tertentu. Yang pasti watak, Monsieur Merde adalah asalnya dari filem omnibus Tokyo! (2008). 

(Spoiler) Kali ini dalam Holly Motor, Merde menculik seorang model ketika penggambaran iklan, dan di sini terdapat babak di mana Merde membalut model yang seksi itu dengan mengoyak pakaiannya menjadi burqa kemudian, Merde berbogel sambil bergaya seperti berdoa cara Islam lalu berbaring di samping model tersebut. Walau bagaimanapun, model itu tidak diperlakusekskan. Filem ini agak aneh namun kreatif tapi beberapa persoalan berkenaan continuity, Oscar dengan anaknya dan beberapa watak lain. Make-up bagi setiap watak yang nampak natural lagi memberi kesan yang nyata dan percaya. Akibat tak berapa 'dapat' filem ini sekadar itu saja bintang yang diberi.



Arahan : Jenniffer Kent
Genre : Seram (Australia)
Tahun : 2014
Rating : 4/5

Agak jarang menonton filem seram dari Australia. Kalau nak diikutkan premisnya sama di dalam rumah dan diganggu oleh hantu dari sebuah buku. Walaupun begitu, selainnya ia cuba lari dari kisah hantu yang ditonton sejak akhir-akhir ini. Watak Babadook ialah hantu lelaki (dah bosan jugak dengan hantu perempuan) yang kurang pasti motifnya mengganggu Amelia dan anak lelakinya Sam. Lakonan hebat mereka berdua boleh melupakan kekurangan yangg ada. Salute kepada mereka berdua.

(Spoiler) Watak Sam yang amat meyakinkan dengan degilnya dan berani dengan tindakan bijak mengikat ibunya, suatu yg memuaskan hati PF kerana apa, tiada paderi yang dipanggil dalam filem ini dan Babadook mengundang kesudahan yang berbeza merupakan satu kepuasan yang dicari. Babak Sam mengikat ibunya seakan menggantikan babak perempuan yang dirasuk (dalam The Conjuring) dan juga filem-filem seram kita yang selalu memanggil ustaz untuk tujuan penyelesaian. Tidak salah, tapi entah, berilah konklusi bukan sekadar baca doa dan kemudian habis. Tak bolehkah penerbit filem tempatan yg selalu mengeluarkan filem hantu membuat filem sebegini padahal ianya bukan idea yang luarbiasa (yang terbaru ditonton JIN dan berasa sedikit kecewa, tapi PF suka Paku). Maaflah, kerana membandingkan. The Babadook, tiada bunyi efek yang bingit dan melampau untuk membuat penonton terperanjat jika itu modal sekadar mengulang apa yang telah ada. Kalau nak kata seram sangat tu mungkin sukar PF nak putuskan kerana ianya subjektif tetapi filem ini cukup menyelamatkan filem genre seram yang ditonton tahun ini.




Arahan : Pedro Almodovar
Genre : Drama (Sepanyol/Perancis)
Tahun : 1999
Rating : 4/5


PF telah menonton Talk To Her arahan Pedro. Filem itu dan filem All About My Mother (AAMM) ada beberapa kesamaan fizikal dan sedikit isunya. Seingat PF, hanya 2 ini saja filem beliau yang ditonton. Dalam Talk To Her (TTH), Hospital menjadi latar filem, dalam AAMM hanya permulaan saja. Dalam TTH si hero yang dipersoal orientasi seksnya oleh seorang Doktor, selain watak hero itu sendiri. Dalam AAMM tema LGBT dibawa begitu besar lagi tetapi dari sisi 'sebelah' watak heroin saja. Watak utama Manuela, adalah 'disebabkan' oleh watak LGBT; Lola, begitu juga watak Rosa (Penelope Cruz). Namun, Pedro hanya beri 'memberi muka' pada Lola dihujung cerita saja. Itu belum lagi, watak Huma seorang pelakon teater yang berpacaran dengan pelakon teater yang sama (wanita). Pada PF, cerita ini mampat dalam durasinya. Setiap saat terisi plot-plot yang ingin diceritakan dengan tidak membuang masa. Selain itu, filem ini sangat vibrant dengan warna merah, sehingga terperasan dengan jelas pakaian watak-wataknya yang semestinya mengundang maksud tertentu.








***

Arahan : Pawel Powlikowski
Genre : Drama (Poland/Denmark/Perancis/UK)
Tahun : 2013
Rating : 4/5



Poster IDA menerangkan kisah filem. Pergi mencari asal usul diri. Ida sebelum bersumpah menjadi biarawati perlu berjumpa dengan saudara terdekat, Wanda satu-satunya ibu saudara yang tinggal dan mereka bertemu seterusnya mencari asal usul keluarga Ida dan mendapati ibu-bapa mereka adalah yahudi. Terikat dgn hukum biarawati juga, adakah Ida mahu menjadi manusia biasa atau biarawati (setelah keluar dari gereja dan melihat dunia luar) Kenapa banyak shot kepala saja? Dan tiba satu saat pula kamera hanya terlihat mata dan ke atas? (tertutup hidung: tak boleh bernafas - Gambar 4, mungkin bermaksud kehidupan beliau yang akan berubah/berhijrah dari orang biasa ke kehidupan "beragama" yang terbatas di upacara mengangkat sumpah). Begitu juga kita sering menghadapi dilema dalam hidup utk menjadi siapa kita. 

Oh ya, ada satu plot dalam IDA macam dalam filem Bunohan berkenaan tengkorak tu.

Ida ketika pergi di sebatang jalan diliputi salji




Ida ketika pulang di sebatang jalan

Lelaki Yang Disandarkan Untuk Menyelamat Dunia

$
0
0

Arahan : Liew Seng Tat
Genre : Komedi, Drama
Tahun : 2014
Rating : 4/5


"Solomon, you know Malaysia... Truly Asia"Tok bilal.

Ulasan ini mengandungi spoiler. Jika ingin rasa keseronokan filem ini jangan baca sebelum menontonnya. Liew Seng Tat kembali dengan filem keduanya Lelaki Harapan Dunia selepas Flower In The Pocket (2007). Penonton filem pertamanya pasti akan rasa kelainan kerana Seng Tat beralih ke aliran yang lebih mainstream, dengan itu lebih ramai lagi akan mengenali pengarah ini setelah hip yang diberikan serta promosi besar-besaran seperti pemasangan billboard di tepi jalan utama di Lembah Klang dan sebagainya. Masih teringat lagi adegan-adegan dalam filem pertamanya, Flower in The Pocket terutamanya ketika budak sekolah yang berak kemudian hanya cebuk dengan kertas buku teks Bahasa Malaysia (kalau tak silap). Pasti ada sesetengah orang yang tak boleh menerima adegan tersebut. 

Setelah membaca berita-berita penjelajahan LHD ke festival-festival antarabangsa, kini tiba masa untuk penonton kita menjamah sendiri naskhah dari pengarah 'jarang buat' filem panjang. Yang jarang buat filem itulah, dua karyanya dinikmati oleh penonton antarabangsa. Agak sedikit malang, pengkritik luar yang tidak melihat LHD dari konteks Malaysia dengan menyentuh isu gender dan homoseksual: Hollywood Reporter dan Variety
  
Secara ringkasnya, LHD mengisahkan Pak Awang yang ingin menghadiahkan sebuah rumah usang dalam hutan sempena perkahwinan anak perempuannya. Maka, Pak Awang dengan pengaruh yang ada padanya meminta jasa baik orang kampung untuk bergotong royong mengangkat rumah yang digelar Rumah Amerika itu (kerana berwarna putih). Daripada hari pertama projek angkat rumah itu lagi, musibah demi musibah menimpa penduduk kampung. Walhal, acara bergotong-royong sepatutnya mengukuhkan silaturrahim dan semangat kekitaan antara mereka. Ada yang terjelepuk di lantai, unta hilang, lembu hilang, anak gadis diganggu mahkluk lembaga hitam atau Orang Minyak gara-gara seorang penagih dadah lakonan Sofi Jikan menyebarkan cerita yang dia terlihat lembaga hitam di rumah putih. Maka, kampung dilanda huru-hara akibat mereka sendiri tidak menyelidik apa yang sebenarnya berlaku.

Seawal-awal lagi, penduduk kampung dilambangkan tak pandai mengeja/kesilapan kecil yang tak sepatut berlaku, kutu dadah, dan tunggu sehingga filem ini berlarutan ke akhir makin menjadi-jadi sifat orang kampung yang agak tak berapa bijak, mendengar cakap-cakap tanpa usul periksa, songlap, rasuah, mengikut saja kata orang agama dan sebagainya. Banyak lapisan filem ini yang mengkritik melayu sendiri sebab semua dalam kampung itu Melayu, kata Sofi Jikan jika pengarah tipikal Melayu yang arahkan filem ini, pasti dia akan memajmukkan pelakonnya, tapi tidak bagi Seng Tat kerana mahukan ianya lebih surreal. Tak ketinggalan LHD mengkritik negara kita secara tersuratnya (orang Indo bina rumah, warga kulit hitam, keselewangan pemimpin, harga rumah sekarang - anak Pak Awang pulang dari bandar dan ingin duduk di kampung). Laungan kami Lelaki Harapan Dunia yang dijadikan azimat untuk menuju misi mengangkat rumah ke destinasinya hanya semangat awal tapi belum tentu harapan itu dapat direalisasi jika kebodohan orang-orangnya.

Sudah judulnya Lelaki Harapan Dunia, maka tiada pelakon perempuan dalam filem ini walaupun pembantu, mereka hanya cuma selitan saja. Seng Tat, ingin memaparkan suara lelaki, lelaki yang membuat kerja utama (berat) dan juga pembuat keputuasan sehinggakan unta pun jantan! Sehinggakan (lagi) 'watak-watak perempuan' digalas oleh mereka sendiri. Ini dunia lelaki kerana lelaki inilah yang 'menyelamatkan dunia' yang sebenarnya ia tajuk yang sarkastik.


Dua adegan menyapu gincu dibibir oleh Sofi dan Wan Hanafi Su cukup menenggelamkan lelaki-lelaki memakai baju kurung. (SPOILER) PF agak terpana, apabila Pak Awang (Wan Hanafi Su) mengambil keputusan menjadi orang minyak. Pak Awang tewas dengan keadaan. Sepatutnya Pak Awang bukan sebegitu dengan jatidiri yang telah ditunjukkan sebelumnya, tapi sekurang-kurangnya ini adalah suatu yang tidak disangka dalam filem ini yang juga dianggap sebagai mega satira (apatah lagi dengan hanya berseluar dalam). Cuma, tidak dapat dilihat dari adegan-adegan mana yang jadi penyebab penduduk kampung begitu membenci Pak Awang. Sebaliknya hanya alasan-alasan kurang kuat. Selain Wan Hanafi Su PF suka lakonan Jalil Hamid. Natural, hidup sebagai bilal yang buta. Secara keseluruhannya, semua pelakon mempamerkan persembahan yang mantap. Walaupun ada beberapa watak kelihatan tidak berkembang, harus difahami dengan ensemble pelakon-pelakon mungkin Seng Tat sebagai penulis tak mahu establish kesemuanya. Sinematografinya juga sangat cemerlang ketika suasana hutan seterusnya memaparkan keindahan dan kedamaian hutan yang alami. 

Agak terkilan jugak semasa Solomon lari dari rumah putih yang terbakar tetapi orang kampung tidak perasan (aarghh kenapa sama dengan ending Hanyut - belum tengok, hanya baca review). Jika mereka perasan Solomon tu lari, penyudahnya bukan seperti yang dilihat. Kenapa mesti subjek utama dikorbankan. Ini semua akibat kejahilan penduduk. Kesudahan dibiar terbuka adakah bermaksud kebodohan terus menyelubungi penduduk kampung? Seperti kata TontonFilem, jika dibahagian akhirnya anak perempuan yang bakal berkahwin itu muncul di pintu rumah Pak Awang, sedang menyaksikan Pak Awang dikejar kemudian terhenti saling menghadap, pasti suatu rasa yang berbeza kerana anak itu penyebab rumah itu digerakkan nescaya, akan membawa kesan yang dramatik, tapi ia tidak mungkin kerana Seng Tat tidak mahukan imej wanita.

LHD menyucuk orang Melayu yang PF sendiri ada sedikit terasa namun adakalanya kebenaran harus ditelan. Sekiranya ia menghina, adakah seniman seperti Wan Hanafi, Hishamuddin Rais, Roslan Salleh atau Sofi dan lain-lain bersetuju dari awal-awal lagi sebagai pemainnya. Jika begitu bagaimana dengan filem Mamat Khalid yang mempunyai beberapa filemnya yang sering mengejek orang Melayu? Adakah sebab dia Melayu maka kita terlupa atau filemnya tidak sekesan LHD? Adakah kita bangga LHD dijaja ke sembilan festival antarabangsa (setakat ini) dengan pengisian seperti ini? LHD kadangkala tampak biasa tetapi membuat kita berfikir. Ia umpama mengambil resepi Mamat Khalid namun Liew Seng Tat ada cara tersendiri malah boleh kata lebih ke depan dalam menangani isu-isu masyarakat dan kaum. Ia juga membuktikan filem drama komedi (gelap) juga mampu menjelajah dunia selain drama berat walaupun belum ada sebarang pengiktirafan rasmi yang diperoleh setakat ini.

Sumber: Berita Harian

FPF2014: Suku Akhir

$
0
0

Bulan Disember kembali lagi. Seperti biasa PF akan buat anugerah berangan sendiri untuk menjunjung filem Malaysia yang disayangi ini. Terdapat lebih 73+ filem Malaysia yang ditayangkan pada 2014 sekaligus mencatat rekod tahun terbanyak Malaysia mengeluarkan filem termasuk dari pelbagai bahasa. Dari sebanyak 73+ filem itu hanya DUA PULUH (20) yang berjaya menarik PF ke pawagam/tonton. Ini merupakan penurunan dari tahun lepas, di mana pada tahun 2013, PF menonton DUA PULUH SEMBILAN (29) buah filem. 




Ini dengan terang membawa maksud, industri semakin kurang memberi pilihan kepada citarasa PF, atau paling tidak pun bagi sesetengah filem yang ditonton adalah daya tarikan pengarah yang sebelum ini cemerlang seperti Syafik Yusoff dengan SAM dan kini hadir dengan genre yang PF telah blacklist. Syafik muncul dengan naskah Abang Long Fadil yang  mendapat mixed review dari khalayak penggemar. Begitu juga dengan Balistik, tapi kerana termakan publisiti maka ianya menjadi sebahagian tontonan pada 2014. Filem-filem kitar semula terus bermaharajalela dan filem 'lain sikit' terlalu kurang. Tembus pula dikatakan memberi perspektif berlainan daripada Ahmad Idham lalu PF ingin mencuba apa yang boleh beliau tawarkan.

Balistik memulakan kempen FPF 2014 dibulan Januari dan diakhiri dengan Terbaik Dari Langit pada 25 Disember 2014 nanti. Manakala, buah tangan Mamat Khalid adalah yang terbanyak ditonton iaitu 3 filem; Zombi Kilang Biskut, Apokalips X dan Amir & Loqman Pergi Ke Laut. Berikut adalah filem-filem yang berjaya ke suku akhir (membawa maksud filem-filem tempatan yang ditonton sepanjang 2014). 

*(Klik link untuk ulasan)






SEJOLI: MISI CANTAS CINTA 

ZOMBI KILANG BISKUT 

APOKALIPS X (bukan ulasan PF) 



CEO 





THE CAGE


OPHILIA*

MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA* 

TERBAIK DARI LANGIT*

*Belum ditonton semasa post ini ditulis


Separuh akhir - 10 filem tempatan yang dikira layak akan diumumkan di page FB PerangFilem terlebih daulu.

Akhir - TOP 5 untuk menentukan satu Filem Terbaik tahun ini.


p/: filem tempatan bukan 'tahun semasa' yang ditonton adalah Gadoh (Namron), Syaitan (Bade Azmi) dan Rain Dogs (Ho Yuhang).




Cacamarba: Manisnya Cinta Di Cappadocia & Ophilia

$
0
0


Arahan : Bernard Chauly
Genre : Drama, Komedi
Tahun : 2014
Rating : 2/5


Bernard Chauly kembali lagi setelah kejayaan Istanbul Aku Datang. Adakah kali ini filemnya lebih baik? Opps kalau kita tengok rating pun dah tau kan? Filem ini tidaklah buruk yang disangka. Malah boleh dikatakan ianya segelintir filem yang enak dilihat pada tahun ini. Hanya kerana beberapa faktor yang membuatkan PF kurang mendapat kepuasan. Kalau kamu hendak datang panggung dan santai-santai dengan pasangan masing-masing bolehlah menikmati saat romantis berdua. Malangnya, ceritanya terlalu cliche, malah lebih cliche dri Istanbul Aku Datang. Tak tahulah kenapa produksi RED Film/Astro Shaw dan Bernard mengambil novel Anis Ayuni ke layar perak. Kalau nak buat cerita sebegini tak perlu rasanya ambil dari novel pun boleh buat original screenplay. Seperti biasa sinematografi filem ini sangat memukau, tidak payah cerita panjang sebab rata-rata memuji lokasi dan warna filem ini. Bab lakonan pula, Fazura sangat konsisten dan terbaik sepanjang tayangan manakala babak yang paling digemari adalah ketika Eja sedang nazak. Diperhatikan, apabila filem yang berkaitan dengan RED Film atau Bernard atau Rafidah tak lari dari unsur-unsur LGBT. Kenapa ya? #sekadarbertanya.  


Arahan : Raja Mukhriz
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 3/5


Mengandungi spoiler ringan.

Filem skinhead pertama di Malaysia yang juga arahan pertama Raja Mukhriz mendapat tayangan meluas di pawagam setelah filem Gedebe arahan Namron sebelumnya hanya private screening dan bukan di pawagam. Para skinhead mungkin berasa kelainan kerana Ophilia tidaklah hardcore kepada golongan itu. Ia mengambil rupanya saja. Mungkin disebabkan penerbit takut untuk mengambil pendekatan mendalam risau penonton massa tidak dapat memahami budaya skinhead (termasuklah yang menulis ni) lalu nanti akan mengecilkan skop penontonnya. Jangan risau bahawa Ophilia boleh ditonton oleh semua golongan cukup umur. Teringat suatu ketika dahulu pada hujung tahun 90an, ketika menetap di Melaka, PF mendapati ramai golongan ini berkeliaran di station bas dan bandar Melaka, khususnya remaja yang PF kira mereka yang baru tamat persekolahan atau lebih dewasa sedikit dengan cara pakaian dan bergerak dalam kumpulan. Waktu itu, memandang mereka memanglah pelik, dan tertanya apa yang menyebabakan mereka jadi begitu? bagaimana mereka terpengaruh? dengan tidak mahu menghukum, pandangan itu dibiarkan saja. Berlainan dengan zaman sekarang, di mana PF sudah jarang melihat kelibat mereka dimana-mana.

Berbalik kepada Ophilia, usaha ini wajar dipuji untuk memberi lebih warna sinema kita yang tak mahu lari dari tema yang malas-nak-ulang-lagi-kat-sini. Dengan berlatarbelakang zaman ini (2012-2014 dengan penampakan Iphone). Ophilia yang ditulis oleh Ellyna Ahmad memberikan persembahan berkenaan 3 rakan sejak dari bangku sekolah sehingga alam dewasa. Semangat brotherhood yang sangat kental dan sanggup menghadapi apa saja demi persahabatan mereka. Suatu hari, satu insiden berlaku kemudian memaksa mereka melakukan suatu diluar kemampuan dan membahayakan diri mereka. Ophilia adalah perkataan asal Greek bermaksud 'help', itulah kaitannya dengan insiden yang berlaku di mana 3 watak ini memerlukan 'help' untuk menyelamatkan diri dari ketua samseng. Walau bagaimanapun dalam filem ini, nama watak 'Ophilia' diberi nama kepada watak seorang pondan. 

3 karakter dalam Ophilia, Totoi (Kodi pendatang baru yang meyakinkan), Uji (Pekin), dan Ozi Gandum (Que). Uji dianggap abang dan ketua antara mereka. Boleh dikatakan anak orang kaya tetapi tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ayahnya. Uji sangat determined dengan prinsip hidupnya. Totoi pula adalah yang paling muda, sangat pengasih terhadap ibu dan sering kelihatan memakai baju Fred Perry berkolar (mahal ok! sehelai dalam sekitar RM350, kecuali yang tak originallah!). Totoi selain membantu ibu berniaga nasi lemak, juga mempunyai kedai jahit/alter baju. Ozi Gandum pula, lebih mengikut kepala sendiri, kadang-kadang berbelah bagi dalam hidup. Mengalami masalah keluarga membuatkan hidup Ozi bercelaru. Perasankah, babak Que di rumahnya hanya keluar-masuk pintu? Dan pabila 'masuk' hanya chaos semata tanpa keharmonian. Di sini beratnya watak Ozi berbanding yang lain.

Kalau nak ikutkan jalan cerita Ophilia, ceritanya mungkin kedengaran biasa - PF tak mahu beri spoiler lanjut. Itu sebabnya disebut di awal tadi, ianya playsafe atau mungkin untuk elakkan isu sensitif atau fahaman tertentu dan sebagainya. Malah, endingnya sama dengan filem tempatan yang PF tonton tahun ini (kebetulan). Pemilihan cara 'penyelesaian' itu agak mengejutkan sedikit kerana mungkin itu cara Totoi, Uji dan Ozi sempat fikir dalam keadaan singkat dan terdesak untuk selamatkan keadaan yang sengaja untuk mendapat ending yang 'diharapkan'. Kelebihan filem ini adalah 3 watak itu sendiri yang mempunyai chemistry yang baik apatah lagi Que Haidar yang sangat memilih watak dan ini merupakan satu-satu filemnya pada 2014. Babak kegemaran PF semestinya perbualan antara Uji dan Ophilia tapi malangnya hanya satu babak, itupun Ophilia datang secara tiba-tiba. Kesimpulannya, Ophilia menggambarkan sisi kecelaruan orang-orangnya namun cuba berlaku adil kepada golongan skin dan mereka bukanlah seperti yang anda gambarkan.


Viewing all 123 articles
Browse latest View live